Sunday, 2 September 2012

JUJUR PUN TIADA GUNAYA LAGI

salam semua,
APA Y KORANG TAHU PASAL KEJUJURAN ,
DAN SAMPAI TAHAP MANE KORANG JUJUR?

aku nak kongsi sedikit pengalaman tentang cerita aku secara ringkasnya,aku mengenali pasangan aku semasa dia masih berhubungan bersama teman aku.Nak dijadikan cerita,suatu hari dia datang ke rumah aku dgan teman aku,aku tengok dia,aku rasa hati aku sangat ingin mengenali diri itu dgan lebih dalam.keesokan harinya,aku usaha dengan mencari namanya dilaman sosial(FB).Then aku memberanikan diri aku utk berckap niat sebenar aku kepada dia tapi time tu , dia dah putus dengan kawan aku dan couple dgan orang lain.Tapi mesti korang ckap aku nie mcm gigihkan sebab tertunggu2 dia,tapi aku juga nak korang tahu yang aku takan berhenti berharap selagi benda y aku inginkan tidak dapat atau mendapat kepastian,jadi bila dah berbulan kami berkawan akhirnya dia terima aku.

  Diawal hubungan,kami memang agak kaku,tapi dia ajar aku erti cinta sebenar,dan mula dari situ aku mula cinta dia mcm seorang isteri,aku memberikan ksih sayang terhadap dia sepenuh hati aku,kami selalu date d'taman rekeasi KLCC,waktu balik collge kami selalu jumpa disitu memandangkan kami belajar ditempat berasingan,jadi kami mencari tempat y berhampiran dan senang pergi kedua belah pihak.Aku tidak tahu selama beberapa bulan kami bersama dia masih taboleh cinta aku dan hanya suka kosong,dia tidak sayang aku,dan apatah lagi cinta aku,malah dia bermain kotor dibelakang aku bersama lelaki lain.Aku tak marah sebab aku cuba bagi dia masa walaupun hati aku sakit,ya aku mengaku,aku menangis ,sebab aku memang akan cintakan seseorang itu dengan bersungguh-sungguh,bila ak dapat tahu dalam bulan keempat dia masih tak mencintai aku,aku sangat sedih,tapi sebagai lelaki ku juga bertindak buat macam2 agar dia yakin dgan aku dan mencintai aku.Dalam minggu itu juga dia ckap dia dah oke dgan aku dan aku rasa sangat bangga ,aku rasa usaha aku memang tidak sia-sia.

  Then,aku dapat tahu y dia masih ada scandel yang bru dan masih buat hal dia.Tapi aku masih ckap elok-elok supaya dia dapat kawal emosi dan aku tanak dia tinggalkan aku , sebab itu apa saja salah dia aku maafkan dan tamara.Then dia masih lagi buat hal pendek kata kami sering bergaduh sehingga dapat merasakan kepenatan dan pada saat itu juga dia dapati aku betol2 setia,dan baik ,dgan itu juga dia sudah berjanji dia tidak akan buat lagi,dan saat itu juga dia ckap dia mencintai aku,pada pertengahan kami couple,bru time tu dia ckap dia cintakan aku.

aku active menari,belakon dan modelling , bru2 ini dia menyatakan y dia sangat cemburu andai kata aku giat dalam bidang seni kerana aku akan disukai,digilai,dan dia takot ada orang jatuh hati pada aku dan aku berpaling kepada orang lain.Aku juga ckp y aku bukan enis senang jatuh hati pada orang dan aku juga andai jaga diri,dan aku sedar status aku y sudah menjadi milik org,tapi dia enggan menerima dan dia suruh aku buat plihan samaada dia atau kerjaya aku.

Kalau korang,korang pilih CINTA atau KERJAYA?

aku pilih cinta sebab aku memang tadapat terima pemergian dia dan aku juga terpaksa tinggal dunia seni termasuk vdeo d'laman you tube terpaksa aku delete atas permintaanya.Jadi aku tidak lagi menari walaupun itu sumber pendapatan aku dan dgan duit itu juga cara aku nk bahagiakan dia,beli bear,beli itu ini.Bila kehendaknya masih dituruti,kami masih bergaduh atas sebab cemburu dan pernah beberapa kali gaduh besar sampai break up,tapi masih bersama sebab masing2 taboleh hidup antara satu sama lain.

Aku menagis seolah-olah tiada penghujungnya,apa saja aku sanggup buat sampaikan dia cuma ckap rindu,dia nangis sebab rindu aku,aku sanggup pergi dekat dia,naik cap over than 12:00 so kena bayar double RM40 lebih,aku bukan mengunkit,tapi dia tanampak ka aku nie sayang dia dan kenapa dia harus buat semua ni?


Dan hari ini sekali lagi dia suruh aku pergi meninggalkanya demi kerjaya aku,aku tahu dia sayang aku ,tapi bagi aku,kerjaya seni itu adalah kerjaya sampingan jadi aku masih prlukan dia dan masih boleh mengetepikan kerjaya ku itu.


JADI KENAPA BILA DAH DAPAT ORANG Y JUJUR,MASIH TAK BERSYUKUR?
MEMANG LUMRAH MANUSIAKAN?

kalau betol dia nak aku tinggalkan dia,aku nak dia tahu y ak masih sayang dan cintakan dia,dan jagan segan-segan untuk contact aku lagi dan aku masih memberi peluang walaupun lebih dari 10kali dia buat aku macam ni.Aku dah janji pada diri aku y aku ak jaga dia , nak elak dari sosial pergi club,overnite,dan selalu tukar pasangan,kalau aku y jaga,dia tabuat semua benda tu,dan aku rasa lega.Tapi klau dia couple dgan org lain,macam mana klau dia dipermainkan,sumpah aku tasanggup tengok dia menangis kerana dipermainkan,biar aku y menangis utk dia takpa,tapi jagan la dia.

Jadi aku tunggu dia balk dari praktikal dan akan bincang samaada nak truskan atau ikut haluan masing-masing.Tapi dia ada bagi tau aku yang dia akan jumpa scandel baru dia disana,herm.Sabar danny sabar.

Thursday, 12 January 2012

dream to be apart of flight attandant


Hello erm tk habis lagi nak kongsi pasal cita,aku ambil pengajian peringkat diploma di university swasta .Institut yg aku belajar sekarang KUALA LUMPUR METROPOLITAN UNIVERSITY COLLEGE(KLMU).Erm sape tak kenal kan?asyik kuar tv jer haha,(#bangge kejup).Haha so ,aku sambung dalam dalam falkulti hospitality dan tourism ,dalam bidang TOURISM MANAGEMNET.Aku harap sangat step aku selepas ini macam nie:
diploma(tourism)-->transair academy(sijil 6bulan)-->interview untuk semua airlines.
Harap dapat jadi flight attendant tak kisah mane2 syarikat pun janji aku dapat kerja atas flight

AIR ASIA 
MALAYSIA AIRLINES 

FIREFLY 
harap sangat dapat menjadi seorang pramugara,dengar nama pun dah gah.Sekali pandang memang  kerja  pramugara nie sama macam  pelayan,tetapi yg membezakan dgan pelayan restoran,pramugara melayan diatas awan biru.Tapi orang ramai ambil mudah dengan kerja macam nie,pandang remeh tentang kerja yang aku minat nie.Eh ,tahu ke korang ,seorang pramugara lebih berat tanggungjawab daripada pelayan restoran??kena memastikan pintu sentiasa kunci sebelum berlepas,kena prepare makanan,belum lagi bercakap pasal kerenah penumpang dalam kapal terbang.


Tapi ape yang aku bangga lagi cuba bayangkan dengan berpakaian seragam apabila turun flight apabila selepas bertugas sambil tarik beg bagasi.


Hebat bukan??aku tahu orang yang pandang kerja nie yg tak seberapa pun akan terpegun apabila lihat sekumpulan pramugara dan pramugari nie berjalan keluar dari balai ketibaan.huh,terpegun latu.


Tapi macam mana pun orang cakap,aku tetap nak abaikan ,kritikan negatif akan aku jadikan pembakar semangat .Bagi aku ,cuba dahulu tentang sesuatu perkara yang kita ingini dan baru but keputusn sama ada nak teruskan atau tak.

Tak kekorang bangga kawan2 korang dapat apa yang didamkan setelah sekian lama?erm nie lah diri aku sebenarnya ,aku inginkan kelainan ,kalau majoriti kawan2 aku ,memilih jurusan doktor,jururawat,bisnes,guru,arkitek,cheff atau pereka fashion sebagai cita2 diorang,teruskan,tapi bagi aku,jurusan macam tue dah banyak orang mengejar,banyak2 orang mengejar cita2 yang sama,sedangkan diowang tahu bahawa,perkejaan seperti itu amat sengit untuk menempah nama,atau dengan erti kat lain,susah nak maju.Tapi aku tetap sokong,kerana mereka melakukan atas dasar minat secara mendalam.Kalau seseorang itu minat melakukankan sesuatu perkara secara mendalam,insyaalah,ianya akan melakukan dengan bersungguh-sungguh dan pasti akan tercapai.insyallah kalau rezeki tak akan kemana.

Begitu juga dengan aku,aku memilih kerjaya berdasarkan minat aku,jujur aku ckap ,aku memang gila kapal terbang,aku suka travel,mak aku,uncle aku,kerja TOURISM MALAYSIA tau,and aunt and bapa aku pula kerj dekat HOTEL tau??jadi tak hairanlah kalau aku pun terlibat dalam dunia pelancongan secara mendalam.Baru aku sedar secara tak langsung,kami di dalam golongan keluarga HOSPITALITY.

Cube korang tengok betapa bezaya cara mereka melayan tetamu,dengan penuh sopan santun,kaya dengan senyuman,:



ya ALLAH mudah-mudahan inilah yg bakal aku lakukan suatu hari nanti.


Paling seronok pabila saat pabila kita sampai duty malam hari dan nak selimutkan penumpang-penumpang.Lepas tu,kerja sebagai pramugara bukan sekadar pelayan atasan,malah ia juga merupakan model sementara.
kalau tak caya pergilah tanya sape2 yg pernah naik kapal terbang atau pengalaman sendiri ka,mesti ada je orang yang minta pramugara atau pramugari posing untuk bergambar.Erm selain itu,diowang juga terdiri dari golongan yang     kacak-kacak dan cantik-cantik.bestnya.

cakap pasal kacak kan.Aku sedar siapa diri aku,aku tak ada rupa setampan pramugara di atas,tinggi aku baru mencecah 165cm.Cukup-cukup untuk syarikat penerbangan AIR ASIA.Tangan aku pula ada kesan jahitan menyababkan aku tangguh untuk ke temuduga pada april tahun lepas di Penang.Aku harap ada ubat yg nak hilangkan parut,dan berharap sepanjang 3 tahun aku belajar aku berharap agar ketinggian aku meningkat,dan perut tegap sikit,itu sebenarnya bonus diowang nak memilih kita nanty.

Kata kawan aku yang pernah ke temuduga , kalau syarikat penerbangan MAS AIRLINES.Mereka adakan beberapa peringkat pada sesi temuduga dan peringkat terakhir adalah bahagian medical check-up.time tu,lelaki dan perempuan akan dipisahkan .Semua lelaki diminta menaggalkan baju dan seluar agar dapat buat rawatan dan check parut.Erm susahkan??

Sebanarnya,aku sendiri tak yakin dengan diri aku untuk jadi seorang pramugara memandangkan fizikal aku dan tangan aku ni,tapi aku pegang satu prinsip ini:
USAH RISAUKAN APA YANG ORANG CKAP,CUBA SETINGGI MNA YANG BOLEH UNTUK MENDAPATKANYA DAN BARU BUAT KEPUTUSAN SAMAADA NAK TERUSKAN ATAU TAK APABILA DAH DAPAT KEPUTUSAN YG MUKTAMAD DARI PIHAK YG TEMUDUGA KITA

Agak-agak dapat ke aku jadi PRAMUGARA SYARIKAT PENERBANGAN suatu hari nanti??harap-harap ada rezeki .

 

TERIMA KASIH NANTI DANIELL SAMBUNG CITA2 DANIELL YANG KEDUA SEKIRANYA  TAK DAPAT JADI PRAMUGARA.KIRA BACKUP AMBITION HAHA.THANK.